Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 9, 2010

Mata xNgantuk-ngantuk....

Minum da...makan mee pon da..perut pon kenyang da...tapi awat mata ni xmau ngantuk2 lagi ni...???pusing kanan,pusing kiri..golek sana,golek sini..xmau gak lena..
hrmmm...xkan insomnia kot....oh tidakkkkkk!
jelesnya aku nengok buah2 hatiku ni tdoq lena penuh bergaya...da sampai mana pon xtaula..
masa2 ni mulala aku dok terbayang kerang bakaq dok menari2 depan mata aku ni...hadoiiii..teridam kerang bakaq la pulak...tah bilala dpt p jeram lagi...cicah kerang bakaq kt c2 memang syiokklah!

Tuesday, July 6, 2010

kalau nak p GUNUNG JERAI...

Gunung jerai nila gunung yang paling tinggi kt kedah..negeri kelahiranku...dekat ja ngan umah aku...

KALAU nak p gunung jerai aku lebih suka p waktu petang dalam kol 3 ka..pas asar ka..janji cuaca da agak redup sket...pastu dudukla lama2 sket sampai maghrib..tengok matahari mendarat...best sangat2...nyaman..damai..sentosa..xyah risau nk solat kat mana...boleh singgah solat kt masjid atas gunung jerai tu..besar ,luas...selesa lak tu...

KALAU nak naik atas gunung tu ..boleh naik ngan keta sendiri ja..jalan kesitu boleh tahan elok jugakla walaupun bersimpang siur sikit..da letih drive nanti boleh singgah kat restoran atas tu...tak silap aku ada satu ja kot restoran kt atas gunung tu...

tengah tunggu oder..teh tarik ja...
antara chalet yang ada kat atas ni
pemandangan dari atas gunung jerai


kalo nak solat g sini..



yahya da buat muka sedey...ngantuk sangat gamaknya
senja di gunung jerai




masa untuk pulang...

Sunday, June 6, 2010

petua elakkan sakit kepala


petua ni ada sorang sedara kita dari indon bagitau....
mungkin orang lain da tau..tapi aku baru ja tau..
dia cakap camni...
selepas mandikan bayi,pastikan ubun2 dia dilumur dengan timun yg dikisar tu..biar samapi kering..pastu bila nak mandikan sebelah petang pulak baru cuci..da mandi petang buat lagi benda yg sama...besok tu nk mandikan baby baru cuci..dia kata buat je petua ni samapi baby tu besar pon xpa..samapi besar mana aku pon xtau..lupa nk tanya...kata dia..iAllah la bayi tu nanti xkan terkena sakit kepala...dia kata..kt kg dia diorg memang buat camtu..amalan depa kat kg dia di Indon..memang jaranga dengar kes2 sakit kepala ni kt kg dia..nk cr kinik pon susah..tp depa memang jaga betol kesihatan depa sejak dari bayi lagi...

Petua hilangkan Demam Bayi..

Apa nak buat bila baby demam?

da 2,3 hari yahya demam..apa yg aku buat...mula2 tu bawak g kinik..amik ubt demam..
xjalan gak ..mungkin ubat tu xsesuai utk baby aku kot..
sesampai ja di kampung dari kl panas dia makin melampau...nangis bukan main lg...
pastu mak lapkan kepala dia ngn air asam jawa..mak kata ni untuk kuarkan panas kat dalam badan tu...Alhamdulillah la..tak lama lepas tu dia da kurang nangis...bangun pagi da xpanas da badan dia...Mungkin petua yg satu ni sesuai utk baby aku kot....

Wednesday, June 2, 2010

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam


1.Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2.Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3.Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4.Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5.Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6.Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.

sumber:http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5250